create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, August 21, 2008

UiTM Dalam Krisis....


baru2 ni aku ada tgk blog2 sesorg n aku mula terpikat tgk slh satu blog yg dia post..blog tu dia kumpulkan smua comment dak2 tntg kmsukakn non bumiputera kt uitm...SO aku terpanggil nk share sdikit pe yg diorg tulis n pndapat aku..Aku pn student uitm gak...so aku rs x pueh ati ngn comment slh sorg mereka yg de post kt blog sesorg ni.."Dia kata dia ex student uitm,n then dia malu dgn student uitm skrg pkiran cam dak2 skolah menengah..n then lagi satu dia kate student uitm skrg rmai yg spatutnya x lyk dpt msuk uitm n then org melayu skrg takut persaingan..."


SO aku rs org yg anta blog tu sbnrya,musuh dlm slimut yg jatuhkan bangsa sendiri..Kenapa nk ungkit pulak tntg ketidak layakkan sesorg untuk msuk ke uitm..Kalo bkn bangsa sendiri yg tlg bngsa sendiri sapew lg nk tlg..n then xkan kita lak nak mengemis kt bangsa lain..so kita pkir2kanlah..Kita seharusnya utamakan bangsa sendiri demi ms depan anak bangsa kita..Kat sini bkn aku nk pertikaikan mslh perkauman..tetapi mslhnya disini bila timbul je manusia yg perangai seperti ini so runtuh ar bangsa itu sendiri..Bekas PM kita dulu pn de bgth..Aku pgl dia Dr. M..Dr. M pernah berkata MELAYU NI MUDAH LUPA dgn sgala kesenangan yg dia dpt..Kesenangan yg dikecapi sepatutnya digunakan untuk kebaikkan negara,agama dan bangsa..n then Dr M pernah ckp kita seharusnya tlg bangsa kita sendiri bila tgk bangsa sendiri menderita n susah...SO mane lah th anak bangsa yg kita tlg bakal menjadi pemimpin akan datang???


Comment dia yg kedua tntg pmikiran student uitm skrg yg cam dak2 skolah menengah bt pembantahan untuk kmasukkan non bumiputera..Aku nk ty dia ar..dia dulu student uitm gakkan..so dia x cam dak2 skol menengah ke???..ckp xkne tempat ar org tu..Kita bt pembantahan tu sbnrnya untuk pertahankan hak org melayu dari dulu lagi..Dia de bc paper or tgk berita tak bahawa dari dulu lagi sblm itm dinaika tarafkan jd uitm sbnrnya dah de akta yg mengatakan bahawa uitm untuk org melayu saje...n then ada gak dulu uitm di buka untuk non bumiputera..tetapi dak2 non bumiputera tidak berminat n tidak selesa belajar dlm situasi org melayu lbih byk berbanding kaum lain..So isu ni sepatutnya x payah dibangkitkan lg..Akux berpihak pada sape2 tetapi aku berpihak pada kebenaran..Kalo situ de kebenaran so ada ar aku kt situ...Isu melayu takut persaingan sepatutnya x payah kecoh2 lagi..Sape kate org melayu skrg takut persaingan,kalo dia orang melayu so dia takut persaingan ar ni..Jangan cakap x serupa bikin..Kalo dia bekas student uitm n grad on time dia x sepatutnya ckp cam bdk2 xde kelulusan...


So aku just nk share je ngn korang..Korang pndai2 ar pkir..pe2 hal kita "LAYAN SUDAH"

Wednesday, August 20, 2008

"LIFE"


10 things i would like to do now...(dont take it seriously)


1) give up on9

2) give up using my hp

3) start studying(started long ago but now terbantut)

4) start using my brain(am i using it now or not?)

5) start preparing for the future(if im stil alive)

6) give up any connection to the outer world(lolx..i wonder y)

7) give up talking(muahahaha i wil start writing instead)

8) give up using harsh/dirty/bad words

9) do not think negatively yet positively(wakakka)

10) give up my life...(im only considering dis)

Sunday, August 17, 2008

Saturday, August 16, 2008

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.



Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.


Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat.


Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.




Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.


MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.


Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.


Habis manusia telah tersesat.


Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa) Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

LElAki??? perEMpuAn???

Kadang kala perempuan selalu terlupa yang lelaki datang dari "planet" yang lain... Kadang kala lelaki selalu terlupa yang perempuan datang dari "planet" yang lain... Pepatah inggeris ada mengatakan "Man are from Mars & Woman are from venus". - John Gray Ya benar agak tidak sesuai kita menggunakan falsafah dari orang tidak seagama dengan kita, tapi isinya sesuai dalam memulihkan hubungan lelaki & perempuan. Kenapa perempuan perlu memeningkan kepala dengan warna baju tak match dgn tudung, tak match dengan kasut, lipstik tak sama dengan hand bag... Kerana itu sifat semula jadi mereka..suka kepada yang rumit, teliti & hal remah. Alhamdulillah, sifat itu sesuai untuk seorang ibu. Jika mereka tak bersifat macam nie rosak keturunan kita nanti... Sebagai lelaki kami sebenarnya faham sangat2 cuma buat-buat tak paham! Kalau kami semua terlebih faham nanti akan mengundang masalah. Orang perempuan selalu tanya: Baju wana nie cantik tak bang? Laki jawab: cantik.. Abg suka yang biru ke, merah ke , kuning ke? Laki jawab: mana-man pun tak pa. Pernah anda tertanya kenapa lelaki begitu bersahaja bila menjawab & kadang jawapan tu menyakitkan hati? Sebab lelaki suka melihat, memikir & memuji dalam hati! Itu sifat original kami! Tetapi sebab cuba nak faham & rasa tanggungjawab utk saling melengkapi antara 1 sama lain maka wujudlah sifat lelaki yang selalu di katakan caring la.. memahami la... romantik la..itu la ini la... Ada lelaki yang terpaksa berlakon jadi semua tu...pasal nak tackle...yang si perempuan nie buat dek je...dah dapat tackle si lelaki nie letih..kembali la menjadi yg suka lihat, fikir & cakap dalam hati... Inilah jadinya bila bateri tak dicaj balik...so this is your job now to recharge the "battery". Berbalik kepada persoalan asmaliza, sebagai lelaki kami sebenarnya suka bila tengok perempuan berhias ye...seminggu 7 hari maka 7 helai baju la setnya... Itu tak mengapa, tetapi yang menjad persoalanya apakah benar dia mahukan bakal isterinya nanti berpakaian bergitu? Ada lelaki yang bangga orang lain ushar awek dia, ada lelaki yang cemburu! Kenal pasti ciri tersebut. Lelaki walaupun jiwanya rockers, miang tahap gaban tetapi insyaallah jauh di sudut hati nak cari isteri yang solehah..bila tengok sejuk mata..itu fakta! Pandangan nafsu, aku percaya kami tidak mempunyai masalah mencarinya di zaman moden ini.. Tetapi pandangan yang menyejukkan mata tu yang kami tercari-cari! Perhatian "sejuk" itu tidak bermaksud cantik,cute,cun well apa2 la... Dapatkan nur daripada-Nya & anda akan mengerti. Tidak perlu menyalahkan lelaki semata-mata, mari kita saling kenal mengenali & itu lebih baik.