create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, August 16, 2008

LElAki??? perEMpuAn???

Kadang kala perempuan selalu terlupa yang lelaki datang dari "planet" yang lain... Kadang kala lelaki selalu terlupa yang perempuan datang dari "planet" yang lain... Pepatah inggeris ada mengatakan "Man are from Mars & Woman are from venus". - John Gray Ya benar agak tidak sesuai kita menggunakan falsafah dari orang tidak seagama dengan kita, tapi isinya sesuai dalam memulihkan hubungan lelaki & perempuan. Kenapa perempuan perlu memeningkan kepala dengan warna baju tak match dgn tudung, tak match dengan kasut, lipstik tak sama dengan hand bag... Kerana itu sifat semula jadi mereka..suka kepada yang rumit, teliti & hal remah. Alhamdulillah, sifat itu sesuai untuk seorang ibu. Jika mereka tak bersifat macam nie rosak keturunan kita nanti... Sebagai lelaki kami sebenarnya faham sangat2 cuma buat-buat tak paham! Kalau kami semua terlebih faham nanti akan mengundang masalah. Orang perempuan selalu tanya: Baju wana nie cantik tak bang? Laki jawab: cantik.. Abg suka yang biru ke, merah ke , kuning ke? Laki jawab: mana-man pun tak pa. Pernah anda tertanya kenapa lelaki begitu bersahaja bila menjawab & kadang jawapan tu menyakitkan hati? Sebab lelaki suka melihat, memikir & memuji dalam hati! Itu sifat original kami! Tetapi sebab cuba nak faham & rasa tanggungjawab utk saling melengkapi antara 1 sama lain maka wujudlah sifat lelaki yang selalu di katakan caring la.. memahami la... romantik la..itu la ini la... Ada lelaki yang terpaksa berlakon jadi semua tu...pasal nak tackle...yang si perempuan nie buat dek je...dah dapat tackle si lelaki nie letih..kembali la menjadi yg suka lihat, fikir & cakap dalam hati... Inilah jadinya bila bateri tak dicaj balik...so this is your job now to recharge the "battery". Berbalik kepada persoalan asmaliza, sebagai lelaki kami sebenarnya suka bila tengok perempuan berhias ye...seminggu 7 hari maka 7 helai baju la setnya... Itu tak mengapa, tetapi yang menjad persoalanya apakah benar dia mahukan bakal isterinya nanti berpakaian bergitu? Ada lelaki yang bangga orang lain ushar awek dia, ada lelaki yang cemburu! Kenal pasti ciri tersebut. Lelaki walaupun jiwanya rockers, miang tahap gaban tetapi insyaallah jauh di sudut hati nak cari isteri yang solehah..bila tengok sejuk mata..itu fakta! Pandangan nafsu, aku percaya kami tidak mempunyai masalah mencarinya di zaman moden ini.. Tetapi pandangan yang menyejukkan mata tu yang kami tercari-cari! Perhatian "sejuk" itu tidak bermaksud cantik,cute,cun well apa2 la... Dapatkan nur daripada-Nya & anda akan mengerti. Tidak perlu menyalahkan lelaki semata-mata, mari kita saling kenal mengenali & itu lebih baik.

No comments: